Me & Myself
Monday, 28 October 2013
Realiti cerita disebalik cerita
Filem
pendek merupakan medium yang digunakan oleh ramai masyarakat zaman kini dalam
menzahirkan idea-idea atau mesej-mesej mereka secara tidak lansung kepada
seluruh masyarakat. Namun melalui idea-idea kreatif ini, tidak semua individu
dapat mentafsir atau menilai semua mesej yang ingin disampaikan. Apakah
sebenarnya kisah disebalik kesemua filem pendek yang telah dihasilkan? Adakah
masyarakat mampu menyingkap perkara sebenar yang berselindung disebalik jalan
cerita yang mengelirukan ini? Hanya golongan yang gemar melakukan pemikiran
secara kritikal dan berpandangan jauh sahaja yang mungkin dapat merungkai
segala pertanyaan serta isi-isi tersurat dan tersirat yang dimaksudkan.
Sebagai
contoh, penghasilan filem pendek daripada negara Iran seperti 2+2=5. Antara
petikan skrip dari filem pendek itu adalah, “This is today first lesson. Two plus two equal to five. Repeat after
me. 2+2=5,” kata seorang guru dengan tegas yang memulakan sesi pembelajaran
mengenai proses pengiraan yang diajar kepada anak-anak muridnya. Berdasarkan
jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah, walaupun proses pengiraan
yang dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah tidak begitu relevan dan
ternyata salah dari segi konsepnya, tidak ada seorang pelajar pun yang boleh
menentang apa yang diajarnya. Setiap pelajar yang ada di dalam kelas itu
terpaksa mengikut dan patuh dengan apa yang diajar oleh guru mereka. Sesiapa
yang tidak mempersetujui dan menentang
dengan idea yang diutarakan pasti akan menerima pengajaran atau lebih jelas
dipaparkan adalah adegan dikenakan hukuman mati. Bertambah-tambah pelik dan
musykil kepada sesiapa yang menontonnya kerana dengan hanya membetulkan
kesilapan yang jelas, seseorang pelajar itu dikenakan hukuman mati.
Hakikatnya,
perkara sebenar disebalik filem pendek ini lebih menyentuh tentang isu-isu
politik yang bergolak di negara Iran yang oleh masyarakat di negara itu. Pemerintahan
sesebuah kerajaan kuku besi menyebabkan masyarakat terpaksa mematuhi apa sahaja
dasar-dasar yang diperkenalkan dan kepada sesiapa yang menentang dasar
tersebut, hukuman mati akan diberikan kepada mereka. Idea tersirat pengarah ini
ternyata berkesan dan boleh dikatakan amat bijak kerana disampaikan dalam dalam
bentuk filem pendek.
Ternyata
dari petikan cerita 2+2=5, keunggulan filem pendek berjaya membuka mata seluruh
masyarakat serta meletakkan tarafnya diatas bersama-sama filem-filem panjang
mahupun drama-drama yang semestinya menarik perhatian masyarakat umum di
seluruh dunia. Kehebatan filem pendek tidak boleh dinafikan dan melalui
kebijaksaan seseorang pengarah dalam menghasilkan filem pendek, martabatnya
kini diiktiraf oleh semua jenis golongan masyarakat terutamanya golongan
remaja. Hal ini dapat dibuktikan melalui penghasilan filem pendek dari negara
yang sedang bergolak iaitu negara Iran dengan filem pendek yang berdurasi
kurang 7 minit berjaya dicalonkan dalam kategori Best Short Film di 2012 Bafta
Film Awards. Filem pendek yang dimaksudkan itu bertajuk 2+2=5 yang dijadikan
pendahuluan rencana ini.
Menurut
Bebbra Charles Mailin, salah seorang pensyarah di Fakulti Filem Teater dan
Animasi, filem pendek tidak mempunyai definisi yang khusus, selain daripada
durasinya yang tidak melebihi 30 minit, filem pendek mempunyai banyak jenis
gaya penyampaiannya. Menerusi gambar yang bergerak dengan jalan penceritaan
yang menarik, cara itu juga boleh didefinisikan sebagai filem pendek. “Filem
pendek juga tidak semestinya mempunyai skrip untuk dibaca oleh pelakon, ianya
tidak ada peraturan selain daripada segi durasi filem yang ditetapkan,“
tambahnya lagi apabila ditanyakan tentang maksud filem pendek dari perspektif
beliau.
“Filem
pendek adalah sesuatu tempat bagi seseorang untuk mengekpresikan pendapat serta
melontarkan idea. Selain itu, individu yang menghasilkan filem pendek ini boleh
membezakan seseorang itu mampu berkarya ataupun tidak,” kata pensyarah yang
juga merupakan graduan Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti
Teknologi Mara (UiTM). Berbeza dengan penghasilan
filem yang biasa, filem pendek sebenarnya lebih sukar dan rumit untuk
dihasikan. Dalam durasi yang amat pendek, pengarah harus memasukkan semua
input-input ke dalam filem serta menyelitkan idea-idea kreatif dan mesej yang
ingin disampaikan. Dari sinilah kebijaksanaan seseorang pengarah itu
ditonjolkan kerana perlu memenuhi semua kriteria yang diingini ke dalam filem
pendek yang dihasilkan.
Walaubagaimanapun,
idea-idea yang diutarakan sedemikian bergantung kepada objektif utama pengarah.
Jika pengarah melakukan dengan tujuan yang tertentu maka ia semua bergantung
pada cara pemikiran penonton untuk menilai dari sudut masing-masing. Cara
setiap individu menginterpretasi filem amat berbeza. Tidak semua akan memahami
mesej yang ingin disampaikan terutama filem-filem pendek yang penuh dengan
maksud tersirat dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk memahami jalan
ceritanya. “Jika aksi-aksi sensitif yang boleh membangunkan kontroversi di
dalam sesebuah filem pendek tanpa tujuan, itu bukan filem pendek,” jelas
pensyarah yang ditemubual di Fakulti FITA baru-baru ini.
Menjadikan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebagai salah seorang individu yang memberi inspirasi kepadanya, Bebbra Charles Mailin menegaskan bahawa kita tidak perlu pengganti seperti beliau, apa yang kita mahu adalah pelajar-pelajar yang boleh berfikiran kritikan seperti beliau dan melahirkan sebuah karya yang hebat seperti karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
Kesimpulannya,
bagi mengolah idea atau pendapat ke dalam filem-filem pendek ini seseorang
memerlukan sesuatu yang luarbiasa untuk dikongsi dan apa yang penting, jalan
penceritaan yang penuh kreatif amat diperlukan dalam mempersembahkan idea.
Mengadaptasi daripada novel-novel atau cerita-cerita pendek juga boleh
menjadikan filem pendek itu menarik dan berinput. Oleh itu, sama-sama kita
hargai hasil-hasil karya filem-filem pendek yang dihasilkan oleh
pengarah-pengarah muda, berpengalaman dan baru dalam industri ini dan ambil
iktibar serta pengajaran daripada jalan cerita yang ingin disampaikan.
Saturday, 26 October 2013
"The Broken Ones" by Dia Frampton
I know they've hurt you bad.
Why hide the scars you have?
Baby let me straighten out your broken bones,
All your faults to me make you more beautiful.
I can't help it,
I love the broken ones,
The ones who
Need the most patching up.
The ones who
Never been loved,
Never been loved,
Never been loved enough.
Maybe I see a part of me in them.
The missing piece always trying to fit in.
The shattered heart
Hungry for a home.
No, you're not alone.
I love the broken ones.
You don't have to drive,
With your headlights off.
It's a pocket knife,
Not a gift from God.
Don't you learn of love from the love they kept.
I will be your anchor slowly,
Step by step.
Maybe we can rip off the bandage.
Maybe you will see it for what it is.
Maybe we can burn this building,
Holding you in.
I can't help it,
I love the broken ones,
The ones who
Need the most patching up.
The ones who
Never been loved,
Never been loved,
Never been loved enough.
Maybe I see a part of me in them.
The missing piece always trying to fit in.
The shattered heart
Hungry for a home.
No you're not alone.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
Why hide the scars you have?
Baby let me straighten out your broken bones,
All your faults to me make you more beautiful.
I can't help it,
I love the broken ones,
The ones who
Need the most patching up.
The ones who
Never been loved,
Never been loved,
Never been loved enough.
Maybe I see a part of me in them.
The missing piece always trying to fit in.
The shattered heart
Hungry for a home.
No, you're not alone.
I love the broken ones.
You don't have to drive,
With your headlights off.
It's a pocket knife,
Not a gift from God.
Don't you learn of love from the love they kept.
I will be your anchor slowly,
Step by step.
Maybe we can rip off the bandage.
Maybe you will see it for what it is.
Maybe we can burn this building,
Holding you in.
I can't help it,
I love the broken ones,
The ones who
Need the most patching up.
The ones who
Never been loved,
Never been loved,
Never been loved enough.
Maybe I see a part of me in them.
The missing piece always trying to fit in.
The shattered heart
Hungry for a home.
No you're not alone.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
Komentari Video di Laman Youtube
Berdasarkan video yang dipaparkan
sebentar tadi, kemalangan kecil yang berlaku diantara pengguna jalan raya di
sebuah kota raya berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada subjek cedera di kepala akibat dipukul dengan
kayu besbol. Kemalangan yang melibatkan dua kenderaan motokar jenis Proton Wira
dan Proton Gen 2 itu telah membuatkan salah seorang daripada mangsa hilang
pertimbangan dan bertindak mengikut perasaan amarah yang tidak dapat dikawal
sehingga tidak boleh bertolak ansur serta mewujudkan satu perbincangan yang
lebih berkesan.
Subjek yang dilanggar telah memaparkan
sikap tidak professional diri apabila keluar dari kenderaan jenis Proton Gen 2
yang dinaikinya dengan membawa sebatang kayu besbol. Sikap seperti itu telah
menunjukkan sifat seorang samseng di mana sifat-sifat seperti itu tidak
sepatutnya wujud dalam sebuah negara yang maju. Konflik mula berlaku apabila
seorang lagi mangsa yang membawa Proton Wira keluar dari kenderaannya itu dan
cuba merampas kayu tersebut kerana ingin mempertahankan diri. Namun, pergelutan
itu mengundang kecederaan apabila salah seorang daripada mereka telah dipukul
dengan kayu tersebut. Sikap ini sememangnya memalukan kerana kedua-dua mangsa
yang sepatutnya berbincang dengan aman kerana konflik yang berlaku di dalam
video itu tidak sepatutnya berlaku.
Pertelingkahan tersebut juga telah merosakkan
reputasi kedua-dua subjek apabila video pergaduhan mereka itu telah dipaparkan
di laman social seperti Youtube. Pandangan masyarakat sekeliling terutama
masyarakat luar juga menjadi serong terhadap Negara khususnya kerana sikap yang
ditunjukkan lansung tidak mempunyai nilai-nilai murni yang mencerminkan
keharmonian serta kesejahteraan negara. Di samping itu, keperibadian individu
yang memuat naik video tersebut juga perlu dipersoalkan kerana sebagai seorang
masyarakat yang bertanggungjawab, sikap tersebut boleh mendatangkan fitnah
sesama sendiri. Masyarakat yang menonton tidak ketahui kebenaran selain menilai
apa yang mereka lihat didalam video tersebut. Video yang berdurasi lebih kurang
3 minit itu bermula dengan seorang individu membawa kayu besbol datang ke arah
individu lain seperti seorang samseng. Walaubagaimanapun, masyarakat yang
menonton akan mula menilai dari mana mereka lihat dan kebarangkalian untuk
menuduh individu pertama itu sebagai samseng jalanan adalah tinggi.
Tanpa mengambil kira situasi yang
berlaku sebelumnya, masyarakat yang melihat kejadian itu melalui video yang
dimuat naik itu akan menyebarkan fitnah dan hasutan kepada individu lain. Sikap
mencabul laman sosial seperti inilah yang menyebabkan negara dipenuhi dengan wartawan yang tidak
bertauliah. Kita sebagai pemerhati tidak boleh bertindak melulu memberi komen
tanpa menyiasat.
Kepada umat Islam, Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah
An-Nur, ayat 19,
“Ingatlah: Allah mengetahui; segala
perkara yang benar (sebenar-benarnya), sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian).
Subscribe to:
Posts (Atom)












