Baru-baru
ini Malaysia telah digemparkan dengan kes kematian seorang penjenayah iaitu
Gopal, 22, bukan nama sebenar yang mati ketika ditahan di dalam tahanan pihak
polis. Ekoran daripada kes kematian Gopal pelbagai spekulasi dan tuduhan yang
telah timbul bagi menyalahkan pihak yang harus bertanggungjawab di atas
kematian tersebut. Gopal yang pernah terlibat dengan pelbagai kes jenayah
seperti mencuri kereta mewah dan merogol telah disahkan meninggal ketika berada
di dalam tahanan polis.
Dalam
hal ini, pelbagai kontroversi yang telah wujud bagi menyalahkan siapa yang
perlu dipersalahkan. Di samping itu, kesan lebam yang terdapat pada tubuh mayat
Gopal menguatkan lagi hujah bahawa mungkin Gopal dipukul dan didera sehingga
menyebabkan kematian beliau. Persoalannya disini, segelintir masyarakat
bertindak secara melulu dengan menuduh pihak polis sebagai punca di atas
kematian tersebut.
Hal
ini telah menyebabkan orang awam terutamanya dalam kalangan kaum India yang
tidak berpuas hati di atas kematian tersebut berterusan melakukan demontrasi
jalanan untuk mendesak pihak polis untuk bertanggungjawab di atas kematian
tersebut.
Untuk
pengetahuan umum, Gopal merupakan seorang penjenayah yang terlibat dengan
pelbagai kes jenayah seperti mencuri dan merogol. Selain itu, dia juga turut
melibatkan diri dengan menyertai kumpulan gangster dan juga kongsi gelap.
Selepas ditangkap oleh pihak polis, Gopal telah ditahan di dalam penjara
bersama lima orang tahanan yang lain yang merupakan ahli gangster. Kematian
Gopal juga boleh dikaitkan juga dengan ahli kumpulan gangster yang turut
ditahan bersama Gopal. Mereka mungkin terlibat dengan pergaduhan dan penderaan
ketika ditahan bersama. Terdapat pelbagai andaian yang boleh disimpulkan di
atas kematian Gopal. Justeru masyarakat tidak boleh berterusan menyalahkan
pihak polis di atas kes kematian ini.
Selain
itu, penyebaran gambar mayat Gopal yang dipenuhi lebam dan kesan kecederaan di
sekitar tubuh badannya juga merupakan seseuatu yang tidak beretika. Seharusnya
individu yang memuatnaik gambar tersebut di laman sesawang perlu memikirkan
sensitivi keluarga kerana perkara tersebut boleh menjejaskan maruah keluarga si
mati. Natijah daripada tindakan yang tidak bertika tersebut telah mewujudkan
balkanisasi siber dalam kalangan kaum India.
Mereka
yang tidak berpuas hati dengan cara kematian Gopal berterusan melakukan
demonstrasi jalanan bagi menegakkan keadilan di atas cara kematian Gopal. Hal
ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada perpaduan kaum di Malaysia seterusnya
boleh menyababkan intergrasi kaum di Malaysia tidak dapat mencapai matlamatnya.
Oleh
yang demikian, setiap warganegara Malaysia perlu mempelajari etika kewartawanan
bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi. Etika kewartawanan bukan
sahaja dikhususkan kepada para wartawan untuk dipelajari, sebaliknya dengan
kemunculan media baru seperti kemajuan internet semua orang mempunyai peluang
untuk menulis apa sahaja yang dinginkan. Namun, sebelum menulis sesuatu
perkara, mereka perlulah mengetahui etika yang perlu dipatuhi dalam dunia
kewartawanan.