Tuesday, 5 November 2013

Review- Balkanisasi Siber (Gangguan kepada semangat 1 Malaysia)

Balkanisasi sebenarnya merupakan terma yang merujuk kepada istilah geopolitik yang dipakai untuk menyebut proses fragmentasi atau pembahagian suatu wilayah atau negara menjadi beberapa wilayah atau negara kecil yang sering bertentangan atau tidak kooperatif satu sama lain.

Namun, balkanisasi juga boleh diguna pakai dalam mendefinisikan kekangan atau keterpisahan antara masyarakat akibat daripada penggunaan internet secara meluas dan tiada batasan. Hal ini menyebabkan masyarakat kini terutamanya di Malaysia menjadi lebih agresif dalam menyebarkan fitnah dan mewujudkan kelompok-kelompok tersendiri dalam memperjuangkan sesetengah isu dan lain-lain.

Pada asalnya, kebebasan internet yang diwujudkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad adalah bertujuan untuk memupuk atau melahirkan masyarakat yang maju dan berpandangan jauh sejajar dengan Negara luar. Walaubagaimanapun, kelebihan yang diberikan ini telah disalahgunakan serta ada segelintir daripada mereka menjadikan kelebihan ini sebagai medan untuk menyebarkan sifat-sifat benci kepada kerajaan.

Penggunaan lawan web sesawang pada masa kini boleh membawa keburukan pada sesiapa sahaja. Kebebasan yang diberikan seperti kebanyakan maklumat terperinci hanya boleh didapati dihujung jari, masyarakat kini mampu mengaibkan serta memfitnah sesame sendiri sehingga boleh mewujudkan jurang antara kaum yang terdapat di Malaysia ini.

Hal ini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana sensitiviti antara kaum yang ada di Malaysia ini seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu dijaga dan dihormati. Sebaliknya apa yang dapat kita lihat sekarang, masyarakat di Malaysia kini sesuka hati  menghina atau mengutuk adat atau agama masing-masing.

Dengan wujudnya kumpulan-kumpulan tidak bertauliah yang mendatangkan kebencian sesama sendiri, balkanisasi media atau balkanisasi siber ini nampaknya semakin jelas kelihatan. Pembahagian atau pemisahan yang berlaku ini mampu merosakkan reputasi negara serta mendorong sesebuah negara itu kearah kehancuran.

Secara tidak lansung, balakanisasi ini akan mengancam perpaduan kaum di Malaysia. Sebagai contoh perkataan-perkataan kesat kerap digunakan di dalam internet memandangkan tindakan keatas perbuatan tersebut jarang diambil kecuali benar-benar menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


Kesimpulannya, balkanisasi siber ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya ada kawalan ketat agar kesejahteraan negara dan keharmonian terjaga, Tiada siapa yang mahukan Negara sendiri hancur serta sejarah hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu berulang lagi akibat daripada pertelingkahan kaum.


No comments:

Post a Comment