Saturday, 30 November 2013

Jangan buat spekulasi sendiri.

Baru-baru ini Malaysia telah digemparkan dengan kes kematian seorang penjenayah iaitu Gopal, 22, bukan nama sebenar yang mati ketika ditahan di dalam tahanan pihak polis. Ekoran daripada kes kematian Gopal pelbagai spekulasi dan tuduhan yang telah timbul bagi menyalahkan pihak yang harus bertanggungjawab di atas kematian tersebut. Gopal yang pernah terlibat dengan pelbagai kes jenayah seperti mencuri kereta mewah dan merogol telah disahkan meninggal ketika berada di dalam tahanan polis.
Dalam hal ini, pelbagai kontroversi yang telah wujud bagi menyalahkan siapa yang perlu dipersalahkan. Di samping itu, kesan lebam yang terdapat pada tubuh mayat Gopal menguatkan lagi hujah bahawa mungkin Gopal dipukul dan didera sehingga menyebabkan kematian beliau. Persoalannya disini, segelintir masyarakat bertindak secara melulu dengan menuduh pihak polis sebagai punca di atas kematian tersebut.
Hal ini telah menyebabkan orang awam terutamanya dalam kalangan kaum India yang tidak berpuas hati di atas kematian tersebut berterusan melakukan demontrasi jalanan untuk mendesak pihak polis untuk bertanggungjawab di atas kematian tersebut.
Untuk pengetahuan umum, Gopal merupakan seorang penjenayah yang terlibat dengan pelbagai kes jenayah seperti mencuri dan merogol. Selain itu, dia juga turut melibatkan diri dengan menyertai kumpulan gangster dan juga kongsi gelap. Selepas ditangkap oleh pihak polis, Gopal telah ditahan di dalam penjara bersama lima orang tahanan yang lain yang merupakan ahli gangster. Kematian Gopal juga boleh dikaitkan juga dengan ahli kumpulan gangster yang turut ditahan bersama Gopal. Mereka mungkin terlibat dengan pergaduhan dan penderaan ketika ditahan bersama. Terdapat pelbagai andaian yang boleh disimpulkan di atas kematian Gopal. Justeru masyarakat tidak boleh berterusan menyalahkan pihak polis di atas kes kematian ini.
Selain itu, penyebaran gambar mayat Gopal yang dipenuhi lebam dan kesan kecederaan di sekitar tubuh badannya juga merupakan seseuatu yang tidak beretika. Seharusnya individu yang memuatnaik gambar tersebut di laman sesawang perlu memikirkan sensitivi keluarga kerana perkara tersebut boleh menjejaskan maruah keluarga si mati. Natijah daripada tindakan yang tidak bertika tersebut telah mewujudkan balkanisasi siber dalam kalangan kaum India.
Mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kematian Gopal berterusan melakukan demonstrasi jalanan bagi menegakkan keadilan di atas cara kematian Gopal. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada perpaduan kaum di Malaysia seterusnya boleh menyababkan intergrasi kaum di Malaysia tidak dapat mencapai matlamatnya.
Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia perlu mempelajari etika kewartawanan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi. Etika kewartawanan bukan sahaja dikhususkan kepada para wartawan untuk dipelajari, sebaliknya dengan kemunculan media baru seperti kemajuan internet semua orang mempunyai peluang untuk menulis apa sahaja yang dinginkan. Namun, sebelum menulis sesuatu perkara, mereka perlulah mengetahui etika yang perlu dipatuhi dalam dunia kewartawanan.


No comments:

Post a Comment