Monday, 2 December 2013

Gelandangan : Siapa mereka di mata masyarakat?



 Dewasa ini, isu gelandangan yang tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dalam komuniti masyarakat kita dilihat semakin membimbangkan. Golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap memilih untuk menjadikan kawasan kaki lima, jejantas dan juga kawasan di bawah jambatan sebagai tempat untuk mereka berteduh. Hal ini dilihat sebagai sesuatu fenomena yang kurang baik kerana dapat menjejaskan reputasi baik negara sebagai sebuah negara yang sedang membangun.

Oleh yang demikian, setiap warganagera Malaysia haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk bersama menangani permasalahan ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak boleh memandang rendah dan enteng terhadap golongan ini. Seharusnya, kita perlu bersama turun padang bagi menyelami perasaan dan isi hati mereka. Mereka harusnya perlu didekati bagi diberikan sokongan moral dan juga kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bukannya dicaci dan dianggap sebagai sampah masyarakat.


Oleh yang demikian, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yusof Soup Kitchen dalam membantu untuk menyalurkan bantuan kepada golongan gelandangan ini harus diberi pujian. Sikap si kemasyarakat dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik.


Yusof Soup Kitchen merupakan satu pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada golongan gelandangan seperti makanan dan pakaian. Aktiviti pertubuhan ini akan beroperasi pada setiap hari Selasa, Khamis, Jumaat dan juga Ahad. Pudu dan Plaza Kota Raya merupakan antara lokasi yang dipilih sebagai tempat untuk mengedarkan bantuan kepada golongan gelandangan ini. Mereka akan berkumpul pada jam 10.00 malam bagi menerima bantuan yang disalurkan.


“ Masalah keluarga, hidup tidak seronok dan berasa sunyi” jelas Hassan atau lebih dikenali sebagai Chan, 18 tahun apabila ditanya mengenai punca utama yang menyebabkan dia menjadi gelandangan. Selain itu, tiada pekerjaan tetap dan sukar meneruskan kehidupan di kota raya juga meruapakan antara penyebab yang menyebabkan dia tidak dapat berdikari di kawasan Kuala Lumpur seterusnya menjadi gelandangan di negara sendiri.


Lain pula dengan kisah Harun, 22 tahun, punca utama yang menyebabkan beliau menjadi gelandangan ialah dia berasa seronok hidup dengan cara sedemikian.” Dulu saya kerap kena buli di rumah anak yatim, lepas lari dari situ, saya berasa seronok tinggal berseorangan” tambah beliau. Bagi meneruskan kehidupan, dia bekerja sebagai pembantu restoran dan mengambil upah mengilapkan kasut orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut.


“ Golongan ini perlu dibantu dan kami di Yusof Soup Kitchen sedia untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan” jelas pengasas Yusof Soup Kitchen, Datin Hajah Fatin Hamimah Yusof tatkala disoal mengenai objektif utama pertubuhan ini. Tambah beliau lagi, setiap gelandangan ini akan diberi bantuan makanan dan juga kelengkapan hidup seperti selimut dan peralatan mandi. Bantuan ini telah disumbangkan oleh orang ramai dan juga tajaan daripada badan-badan korporat yang ingin menjalankan tanggungjawab sosial mereka.


Kesimpulannya, orang awam haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha bagi menghulurkan bantuan kepada golongan gelandangan ini. Mereka perlu dibantu untuk meneruskan kelansungan hidup dan bukannya dicaci serta dihina. 





Saturday, 30 November 2013

Jangan buat spekulasi sendiri.

Baru-baru ini Malaysia telah digemparkan dengan kes kematian seorang penjenayah iaitu Gopal, 22, bukan nama sebenar yang mati ketika ditahan di dalam tahanan pihak polis. Ekoran daripada kes kematian Gopal pelbagai spekulasi dan tuduhan yang telah timbul bagi menyalahkan pihak yang harus bertanggungjawab di atas kematian tersebut. Gopal yang pernah terlibat dengan pelbagai kes jenayah seperti mencuri kereta mewah dan merogol telah disahkan meninggal ketika berada di dalam tahanan polis.
Dalam hal ini, pelbagai kontroversi yang telah wujud bagi menyalahkan siapa yang perlu dipersalahkan. Di samping itu, kesan lebam yang terdapat pada tubuh mayat Gopal menguatkan lagi hujah bahawa mungkin Gopal dipukul dan didera sehingga menyebabkan kematian beliau. Persoalannya disini, segelintir masyarakat bertindak secara melulu dengan menuduh pihak polis sebagai punca di atas kematian tersebut.
Hal ini telah menyebabkan orang awam terutamanya dalam kalangan kaum India yang tidak berpuas hati di atas kematian tersebut berterusan melakukan demontrasi jalanan untuk mendesak pihak polis untuk bertanggungjawab di atas kematian tersebut.
Untuk pengetahuan umum, Gopal merupakan seorang penjenayah yang terlibat dengan pelbagai kes jenayah seperti mencuri dan merogol. Selain itu, dia juga turut melibatkan diri dengan menyertai kumpulan gangster dan juga kongsi gelap. Selepas ditangkap oleh pihak polis, Gopal telah ditahan di dalam penjara bersama lima orang tahanan yang lain yang merupakan ahli gangster. Kematian Gopal juga boleh dikaitkan juga dengan ahli kumpulan gangster yang turut ditahan bersama Gopal. Mereka mungkin terlibat dengan pergaduhan dan penderaan ketika ditahan bersama. Terdapat pelbagai andaian yang boleh disimpulkan di atas kematian Gopal. Justeru masyarakat tidak boleh berterusan menyalahkan pihak polis di atas kes kematian ini.
Selain itu, penyebaran gambar mayat Gopal yang dipenuhi lebam dan kesan kecederaan di sekitar tubuh badannya juga merupakan seseuatu yang tidak beretika. Seharusnya individu yang memuatnaik gambar tersebut di laman sesawang perlu memikirkan sensitivi keluarga kerana perkara tersebut boleh menjejaskan maruah keluarga si mati. Natijah daripada tindakan yang tidak bertika tersebut telah mewujudkan balkanisasi siber dalam kalangan kaum India.
Mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kematian Gopal berterusan melakukan demonstrasi jalanan bagi menegakkan keadilan di atas cara kematian Gopal. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada perpaduan kaum di Malaysia seterusnya boleh menyababkan intergrasi kaum di Malaysia tidak dapat mencapai matlamatnya.
Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia perlu mempelajari etika kewartawanan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi. Etika kewartawanan bukan sahaja dikhususkan kepada para wartawan untuk dipelajari, sebaliknya dengan kemunculan media baru seperti kemajuan internet semua orang mempunyai peluang untuk menulis apa sahaja yang dinginkan. Namun, sebelum menulis sesuatu perkara, mereka perlulah mengetahui etika yang perlu dipatuhi dalam dunia kewartawanan.


Tuesday, 5 November 2013

Review- Balkanisasi Siber (Gangguan kepada semangat 1 Malaysia)

Balkanisasi sebenarnya merupakan terma yang merujuk kepada istilah geopolitik yang dipakai untuk menyebut proses fragmentasi atau pembahagian suatu wilayah atau negara menjadi beberapa wilayah atau negara kecil yang sering bertentangan atau tidak kooperatif satu sama lain.

Namun, balkanisasi juga boleh diguna pakai dalam mendefinisikan kekangan atau keterpisahan antara masyarakat akibat daripada penggunaan internet secara meluas dan tiada batasan. Hal ini menyebabkan masyarakat kini terutamanya di Malaysia menjadi lebih agresif dalam menyebarkan fitnah dan mewujudkan kelompok-kelompok tersendiri dalam memperjuangkan sesetengah isu dan lain-lain.

Pada asalnya, kebebasan internet yang diwujudkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad adalah bertujuan untuk memupuk atau melahirkan masyarakat yang maju dan berpandangan jauh sejajar dengan Negara luar. Walaubagaimanapun, kelebihan yang diberikan ini telah disalahgunakan serta ada segelintir daripada mereka menjadikan kelebihan ini sebagai medan untuk menyebarkan sifat-sifat benci kepada kerajaan.

Penggunaan lawan web sesawang pada masa kini boleh membawa keburukan pada sesiapa sahaja. Kebebasan yang diberikan seperti kebanyakan maklumat terperinci hanya boleh didapati dihujung jari, masyarakat kini mampu mengaibkan serta memfitnah sesame sendiri sehingga boleh mewujudkan jurang antara kaum yang terdapat di Malaysia ini.

Hal ini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana sensitiviti antara kaum yang ada di Malaysia ini seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu dijaga dan dihormati. Sebaliknya apa yang dapat kita lihat sekarang, masyarakat di Malaysia kini sesuka hati  menghina atau mengutuk adat atau agama masing-masing.

Dengan wujudnya kumpulan-kumpulan tidak bertauliah yang mendatangkan kebencian sesama sendiri, balkanisasi media atau balkanisasi siber ini nampaknya semakin jelas kelihatan. Pembahagian atau pemisahan yang berlaku ini mampu merosakkan reputasi negara serta mendorong sesebuah negara itu kearah kehancuran.

Secara tidak lansung, balakanisasi ini akan mengancam perpaduan kaum di Malaysia. Sebagai contoh perkataan-perkataan kesat kerap digunakan di dalam internet memandangkan tindakan keatas perbuatan tersebut jarang diambil kecuali benar-benar menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


Kesimpulannya, balkanisasi siber ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya ada kawalan ketat agar kesejahteraan negara dan keharmonian terjaga, Tiada siapa yang mahukan Negara sendiri hancur serta sejarah hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu berulang lagi akibat daripada pertelingkahan kaum.


Monday, 28 October 2013

All they need is..... empty bottles..


Once three, now two...


It's a new generation.


Trees Advices =)


Realiti cerita disebalik cerita


Filem pendek merupakan medium yang digunakan oleh ramai masyarakat zaman kini dalam menzahirkan idea-idea atau mesej-mesej mereka secara tidak lansung kepada seluruh masyarakat. Namun melalui idea-idea kreatif ini, tidak semua individu dapat mentafsir atau menilai semua mesej yang ingin disampaikan. Apakah sebenarnya kisah disebalik kesemua filem pendek yang telah dihasilkan? Adakah masyarakat mampu menyingkap perkara sebenar yang berselindung disebalik jalan cerita yang mengelirukan ini? Hanya golongan yang gemar melakukan pemikiran secara kritikal dan berpandangan jauh sahaja yang mungkin dapat merungkai segala pertanyaan serta isi-isi tersurat dan tersirat yang dimaksudkan.

Sebagai contoh, penghasilan filem pendek daripada negara Iran seperti 2+2=5. Antara petikan skrip dari filem pendek itu adalah, “This is today first lesson. Two plus two equal to five. Repeat after me. 2+2=5,” kata seorang guru dengan tegas yang memulakan sesi pembelajaran mengenai proses pengiraan yang diajar kepada anak-anak muridnya. Berdasarkan jalan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah, walaupun proses pengiraan yang dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah tidak begitu relevan dan ternyata salah dari segi konsepnya, tidak ada seorang pelajar pun yang boleh menentang apa yang diajarnya. Setiap pelajar yang ada di dalam kelas itu terpaksa mengikut dan patuh dengan apa yang diajar oleh guru mereka. Sesiapa yang tidak mempersetujui  dan menentang dengan idea yang diutarakan pasti akan menerima pengajaran atau lebih jelas dipaparkan adalah adegan dikenakan hukuman mati. Bertambah-tambah pelik dan musykil kepada sesiapa yang menontonnya kerana dengan hanya membetulkan kesilapan yang jelas, seseorang pelajar itu dikenakan hukuman mati.


Hakikatnya, perkara sebenar disebalik filem pendek ini lebih menyentuh tentang isu-isu politik yang bergolak di negara Iran yang  oleh masyarakat di negara itu. Pemerintahan sesebuah kerajaan kuku besi menyebabkan masyarakat terpaksa mematuhi apa sahaja dasar-dasar yang diperkenalkan dan kepada sesiapa yang menentang dasar tersebut, hukuman mati akan diberikan kepada mereka. Idea tersirat pengarah ini ternyata berkesan dan boleh dikatakan amat bijak kerana disampaikan dalam dalam bentuk filem pendek.


Ternyata dari petikan cerita 2+2=5, keunggulan filem pendek berjaya membuka mata seluruh masyarakat serta meletakkan tarafnya diatas bersama-sama filem-filem panjang mahupun drama-drama yang semestinya menarik perhatian masyarakat umum di seluruh dunia. Kehebatan filem pendek tidak boleh dinafikan dan melalui kebijaksaan seseorang pengarah dalam menghasilkan filem pendek, martabatnya kini diiktiraf oleh semua jenis golongan masyarakat terutamanya golongan remaja. Hal ini dapat dibuktikan melalui penghasilan filem pendek dari negara yang sedang bergolak iaitu negara Iran dengan filem pendek yang berdurasi kurang 7 minit berjaya dicalonkan dalam kategori Best Short Film di 2012 Bafta Film Awards. Filem pendek yang dimaksudkan itu bertajuk 2+2=5 yang dijadikan pendahuluan rencana ini.

Menurut Bebbra Charles Mailin, salah seorang pensyarah di Fakulti Filem Teater dan Animasi, filem pendek tidak mempunyai definisi yang khusus, selain daripada durasinya yang tidak melebihi 30 minit, filem pendek mempunyai banyak jenis gaya penyampaiannya. Menerusi gambar yang bergerak dengan jalan penceritaan yang menarik, cara itu juga boleh didefinisikan sebagai filem pendek. “Filem pendek juga tidak semestinya mempunyai skrip untuk dibaca oleh pelakon, ianya tidak ada peraturan selain daripada segi durasi filem yang ditetapkan,“ tambahnya lagi apabila ditanyakan tentang maksud filem pendek dari perspektif beliau.

“Filem pendek adalah sesuatu tempat bagi seseorang untuk mengekpresikan pendapat serta melontarkan idea. Selain itu, individu yang menghasilkan filem pendek ini boleh membezakan seseorang itu mampu berkarya ataupun tidak,” kata pensyarah yang juga merupakan graduan Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berbeza dengan penghasilan filem yang biasa, filem pendek sebenarnya lebih sukar dan rumit untuk dihasikan. Dalam durasi yang amat pendek, pengarah harus memasukkan semua input-input ke dalam filem serta menyelitkan idea-idea kreatif dan mesej yang ingin disampaikan. Dari sinilah kebijaksanaan seseorang pengarah itu ditonjolkan kerana perlu memenuhi semua kriteria yang diingini ke dalam filem pendek yang dihasilkan.

Walaubagaimanapun, idea-idea yang diutarakan sedemikian bergantung kepada objektif utama pengarah. Jika pengarah melakukan dengan tujuan yang tertentu maka ia semua bergantung pada cara pemikiran penonton untuk menilai dari sudut masing-masing. Cara setiap individu menginterpretasi filem amat berbeza. Tidak semua akan memahami mesej yang ingin disampaikan terutama filem-filem pendek yang penuh dengan maksud tersirat dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk memahami jalan ceritanya. “Jika aksi-aksi sensitif yang boleh membangunkan kontroversi di dalam sesebuah filem pendek tanpa tujuan, itu bukan filem pendek,” jelas pensyarah yang ditemubual di Fakulti FITA baru-baru ini.

Menjadikan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebagai salah seorang individu yang memberi inspirasi kepadanya, Bebbra Charles Mailin menegaskan bahawa kita tidak perlu pengganti seperti beliau, apa yang kita mahu adalah pelajar-pelajar yang boleh berfikiran kritikan seperti beliau dan melahirkan sebuah karya yang hebat seperti karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Kesimpulannya, bagi mengolah idea atau pendapat ke dalam filem-filem pendek ini seseorang memerlukan sesuatu yang luarbiasa untuk dikongsi dan apa yang penting, jalan penceritaan yang penuh kreatif amat diperlukan dalam mempersembahkan idea. Mengadaptasi daripada novel-novel atau cerita-cerita pendek juga boleh menjadikan filem pendek itu menarik dan berinput. Oleh itu, sama-sama kita hargai hasil-hasil karya filem-filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah muda, berpengalaman dan baru dalam industri ini dan ambil iktibar serta pengajaran daripada jalan cerita yang ingin disampaikan.

Saturday, 26 October 2013

A reality to be faced.. this is JOURNALIST !


You know what to do to stand out from the others!


"The Broken Ones" by Dia Frampton







I know they've hurt you bad.
Why hide the scars you have?
Baby let me straighten out your broken bones,
All your faults to me make you more beautiful.

I can't help it,
I love the broken ones,
The ones who
Need the most patching up.
The ones who
Never been loved,
Never been loved,
Never been loved enough.
Maybe I see a part of me in them.
The missing piece always trying to fit in.
The shattered heart
Hungry for a home.
No, you're not alone.
I love the broken ones.

You don't have to drive,
With your headlights off.
It's a pocket knife,
Not a gift from God.
Don't you learn of love from the love they kept.
I will be your anchor slowly,
Step by step.

Maybe we can rip off the bandage.
Maybe you will see it for what it is.
Maybe we can burn this building,
Holding you in.

I can't help it,
I love the broken ones,
The ones who
Need the most patching up.
The ones who
Never been loved,
Never been loved,
Never been loved enough.
Maybe I see a part of me in them.
The missing piece always trying to fit in.
The shattered heart
Hungry for a home.
No you're not alone.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
I love the broken ones.
I love the broken ones.


Komentari Video di Laman Youtube


Berdasarkan video yang dipaparkan sebentar tadi, kemalangan kecil yang berlaku diantara pengguna jalan raya di sebuah kota raya berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada  subjek cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu besbol. Kemalangan yang melibatkan dua kenderaan motokar jenis Proton Wira dan Proton Gen 2 itu telah membuatkan salah seorang daripada mangsa hilang pertimbangan dan bertindak mengikut perasaan amarah yang tidak dapat dikawal sehingga tidak boleh bertolak ansur serta mewujudkan satu perbincangan yang lebih berkesan.



Subjek yang dilanggar telah memaparkan sikap tidak professional diri apabila keluar dari kenderaan jenis Proton Gen 2 yang dinaikinya dengan membawa sebatang kayu besbol. Sikap seperti itu telah menunjukkan sifat seorang samseng di mana sifat-sifat seperti itu tidak sepatutnya wujud dalam sebuah negara yang maju. Konflik mula berlaku apabila seorang lagi mangsa yang membawa Proton Wira keluar dari kenderaannya itu dan cuba merampas kayu tersebut kerana ingin mempertahankan diri. Namun, pergelutan itu mengundang kecederaan apabila salah seorang daripada mereka telah dipukul dengan kayu tersebut. Sikap ini sememangnya memalukan kerana kedua-dua mangsa yang sepatutnya berbincang dengan aman kerana konflik yang berlaku di dalam video itu tidak sepatutnya berlaku.




Pertelingkahan tersebut juga telah merosakkan reputasi kedua-dua subjek apabila video pergaduhan mereka itu telah dipaparkan di laman social seperti Youtube. Pandangan masyarakat sekeliling terutama masyarakat luar juga menjadi serong terhadap Negara khususnya kerana sikap yang ditunjukkan lansung tidak mempunyai nilai-nilai murni yang mencerminkan keharmonian serta kesejahteraan negara. Di samping itu, keperibadian individu yang memuat naik video tersebut juga perlu dipersoalkan kerana sebagai seorang masyarakat yang bertanggungjawab, sikap tersebut boleh mendatangkan fitnah sesama sendiri. Masyarakat yang menonton tidak ketahui kebenaran selain menilai apa yang mereka lihat didalam video tersebut. Video yang berdurasi lebih kurang 3 minit itu bermula dengan seorang individu membawa kayu besbol datang ke arah individu lain seperti seorang samseng. Walaubagaimanapun, masyarakat yang menonton akan mula menilai dari mana mereka lihat dan kebarangkalian untuk menuduh individu pertama itu sebagai samseng jalanan adalah tinggi.

Tanpa mengambil kira situasi yang berlaku sebelumnya, masyarakat yang melihat kejadian itu melalui video yang dimuat naik itu akan menyebarkan fitnah dan hasutan kepada individu lain. Sikap mencabul laman sosial seperti inilah yang menyebabkan  negara dipenuhi dengan wartawan yang tidak bertauliah. Kita sebagai pemerhati tidak boleh bertindak melulu memberi komen tanpa menyiasat. 

Kepada umat Islam, Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 19,


“Ingatlah: Allah mengetahui; segala perkara yang benar (sebenar-benarnya), sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

This is what I call strategy !


What should be proud of?