Berdasarkan video yang dipaparkan
sebentar tadi, kemalangan kecil yang berlaku diantara pengguna jalan raya di
sebuah kota raya berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada subjek cedera di kepala akibat dipukul dengan
kayu besbol. Kemalangan yang melibatkan dua kenderaan motokar jenis Proton Wira
dan Proton Gen 2 itu telah membuatkan salah seorang daripada mangsa hilang
pertimbangan dan bertindak mengikut perasaan amarah yang tidak dapat dikawal
sehingga tidak boleh bertolak ansur serta mewujudkan satu perbincangan yang
lebih berkesan.
Subjek yang dilanggar telah memaparkan
sikap tidak professional diri apabila keluar dari kenderaan jenis Proton Gen 2
yang dinaikinya dengan membawa sebatang kayu besbol. Sikap seperti itu telah
menunjukkan sifat seorang samseng di mana sifat-sifat seperti itu tidak
sepatutnya wujud dalam sebuah negara yang maju. Konflik mula berlaku apabila
seorang lagi mangsa yang membawa Proton Wira keluar dari kenderaannya itu dan
cuba merampas kayu tersebut kerana ingin mempertahankan diri. Namun, pergelutan
itu mengundang kecederaan apabila salah seorang daripada mereka telah dipukul
dengan kayu tersebut. Sikap ini sememangnya memalukan kerana kedua-dua mangsa
yang sepatutnya berbincang dengan aman kerana konflik yang berlaku di dalam
video itu tidak sepatutnya berlaku.
Pertelingkahan tersebut juga telah merosakkan
reputasi kedua-dua subjek apabila video pergaduhan mereka itu telah dipaparkan
di laman social seperti Youtube. Pandangan masyarakat sekeliling terutama
masyarakat luar juga menjadi serong terhadap Negara khususnya kerana sikap yang
ditunjukkan lansung tidak mempunyai nilai-nilai murni yang mencerminkan
keharmonian serta kesejahteraan negara. Di samping itu, keperibadian individu
yang memuat naik video tersebut juga perlu dipersoalkan kerana sebagai seorang
masyarakat yang bertanggungjawab, sikap tersebut boleh mendatangkan fitnah
sesama sendiri. Masyarakat yang menonton tidak ketahui kebenaran selain menilai
apa yang mereka lihat didalam video tersebut. Video yang berdurasi lebih kurang
3 minit itu bermula dengan seorang individu membawa kayu besbol datang ke arah
individu lain seperti seorang samseng. Walaubagaimanapun, masyarakat yang
menonton akan mula menilai dari mana mereka lihat dan kebarangkalian untuk
menuduh individu pertama itu sebagai samseng jalanan adalah tinggi.
Tanpa mengambil kira situasi yang
berlaku sebelumnya, masyarakat yang melihat kejadian itu melalui video yang
dimuat naik itu akan menyebarkan fitnah dan hasutan kepada individu lain. Sikap
mencabul laman sosial seperti inilah yang menyebabkan negara dipenuhi dengan wartawan yang tidak
bertauliah. Kita sebagai pemerhati tidak boleh bertindak melulu memberi komen
tanpa menyiasat.
Kepada umat Islam, Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah
An-Nur, ayat 19,
“Ingatlah: Allah mengetahui; segala
perkara yang benar (sebenar-benarnya), sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian).


No comments:
Post a Comment